Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.
Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:
"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.
Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.
Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:
"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:
"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."
Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:
"Wahai Jibril, apakah air itu?"
Maka Jibril berkata:
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W:
" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."
Tuesday, November 1, 2011
Alhamdulillah Syukur Aku Masih Belum Terlambat
Posted by MAL at Tuesday, November 01, 2011 0 comments
Saturday, October 1, 2011
InsyaAllah
Posted by MAL at Saturday, October 01, 2011 0 comments
Saturday, September 24, 2011
Alasan wanita tk tutup aurat (yg aku jumpa la) 1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."
Jawapan:
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..
2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."
Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?
3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"
Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..
4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"
Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?
5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?
Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...
Posted by MAL at Saturday, September 24, 2011 0 comments
Sunday, September 18, 2011
Saturday, September 10, 2011
Nikah?
Bunyi mcm senang kn?? Tp, erti sebenar dia :
"Aku tanggung dosa2 si dia dr ibu bapanya,
apatah lagi selepas di ijab kabulkan,
kamu adalah milik seorang lelaki,
bukan semua lelaki,
peliharalah maruahmu utk lelaki yang bergelar suami,
Posted by MAL at Saturday, September 10, 2011 0 comments
Wednesday, August 31, 2011
Raya (Sedarlah)
Pakai baju mcm tengah bogel...
bukan nak kata apa, tapi hakikat la..
First kepala...
mau buat cmel tudung tu..x salah..
tapi selak sampai nampak "tut" di dada..
pinggang mau rapat...dah lah buncit,..menyerlah lagi..
bila jalan up n down je...
labuh jer turun...
baik kowg bogel jer...senang..
Pegi masuk longkang lah..nak jadi awek cover majalah katakan...
sedar la sikit...jangan nak sebat semua, buta tuli..
Cari hujung pangkal nya dulu,
Jangan sebab sikit punya hal, merana selama nya...
-salam perjuangan-
Posted by MAL at Wednesday, August 31, 2011 0 comments
Fahami
Bukan mudah kita nak memahami sesuatu perkara,
sebab kita x tahu apa yang kita nampak, dan hakikat sesuatu perkara,
Tapi...hakikatnya perkara tersebut bukan lah seperti yang di maksudnya,
Sebagai contoh hati, orang kata dari mata turun ke hati, tapi
orang cakap cinta itu buta, tapi sebenarnya, hakikat nak cuba menutup bahawa,
Posted by MAL at Wednesday, August 31, 2011 1 comments
Wednesday, August 17, 2011
Jangan Ikut Nafsu!!
Sedangkan Kau Tahu akan Ia!!
Posted by MAL at Wednesday, August 17, 2011 0 comments
Tuesday, August 16, 2011
Sunday, August 14, 2011
Aqua Pix 35mm Underwater Camera Review
One of the simplest camera ever, I think ! “Just” point and shoot.. Even under the water. It couldn’t be any easier. Aqua pix.
One of the simplest camera ever, I think ! “Just” point and shoot.. Even under the water. It couldn’t be any easier. Aqua pix.
Recently I decided to buy an underwater camera which I would use on my holiday. So I started to look over the net and found this little, funny and cheap thing. As I always do, first I checked the photos that were taken with this camera and I was quite impressed. Then I ordered one.
The camera has simply two parts. One of them is the camera itself and the other one is the underwater protector. Protector can be removed and the camera can be used as a normal 35mm camera.
It has everything fixed, so you don’t need to worry about any adjustment. Aperture is fixed (f:9 I think) and shutter is fixed (1/100 sec. I think) and it has focus free 28mm plastic lens. Thanks to the wide angle lens, f:9 aperture and fixed focus, you never get blurry pictures unless you intentionally shake the camera to get blur effect.
The camera is as light as a feather. Very small (102 X 35 X 72mm) to get into your any pocket (even in your jeans pocket) so you could easily forget the camera is still on you J
Posted by MAL at Sunday, August 14, 2011 0 comments
Saturday, August 13, 2011
Friend For Benefits
Movie yang aku maksudkan ialah title diatas,
Selepas satu malam yang menyenangkan bersama-sama meneroka Dylan bandar bersetuju untuk mengambil kerja. Pada keesokan harinya Jamie membentangkan Dylan dengan kontrak untuk menandatangani supaya dia boleh mendapat komisen untuk merekrut dia. Satu malam sambil melepak di apartmen Jamie menonton komedi romantis yang mereka dapat pada topik seks dan perhubungan. Mereka datang kepada kesimpulan bahawa hubungan seks tidak perlu datang dengan lampiran yang begitu banyak emosi. Kedua-dua rasa keperluan untuk sambungan fizikal mereka bersetuju untuk mengadakan hubungan seks tanpa emosi atau komitmen yang terlibat. Selepas beberapa cubaan bersama-sama Jamie datang untuk merealisasikan bahawa ini tidak benar-benar apa yang dia mahu, dan dia ingin untuk memulakan temu janji sekali lagi dan memberitahu Dylan bahawa mereka perlu untuk menghentikan.
Posted by MAL at Saturday, August 13, 2011 0 comments
Saturday, August 6, 2011
Publish!!
Posted by MAL at Saturday, August 06, 2011 0 comments
Wednesday, August 3, 2011
Parut (Scars)
Posted by MAL at Wednesday, August 03, 2011 0 comments
Saturday, July 30, 2011
Kiamat 2062-2066???
Dianggarkan Bumi Akan Kiamat
Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidupselama 1500 tahun...
sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahunhijrah...daripada ini kita ketahui kita akan bertahandalam masa 61 tahun lagi..Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066b)
Saintis telah menjumpai sebuah planet yanglebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi..Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akanmelanggar bumi pada tahun 2014.
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnyadengan menembaknya dengan sebuah roket...Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planetyang juga akan menghentam bumi...Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa60 tahun lagi..Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun2065....c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapaipuncaknya pada tahun 2007...Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun,iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunansemula Nabi Isa... .Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanyaakan hidup selama 40 tahun dan dunia akankiamat pada hari Nabi Isa wafat..Jikalau ini benar dunia kan kiamat padatahun 2062... .Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun2062-2066.... Wallahu'alam...Semua ini telah dikaji...Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadithyang mengatakan bahawa umat Rasulullah akanbertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...Cubalah anda kirakan sendiri...Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian...Amar Ma'ruf Nahi Mungkar...Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalanIslam anda...
Semoga saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat ALLAH S.W.T...insaflah setelah baca..masih belum terlambat.
BILA ITU TIDAK PENTING< TAPI ADAKAH KITA BERSEDIA...
P/S: Sesungguhnya ALLAH saja yg lebih mengetahui.
DALAM AL-QURAN SNDIRI ADE CKAP TIADA SESIAPA AKAN TAU BILA WAKTUNYA KIAMAT...!!!
HADITH TU MUNGKIN HADITH PALSU...!!!
NI TAKTIK ORANG KAFIR NAK MERACUNI FIKIRAN UMAT ISLAM!!!
KALO KITE PERCAYE DGN ARTIKEL KAT ATAS NI, BERMAKNA KITE DAH MENSYIRIKKAN ALLAH!!!
JANGAN PERCAYE ARTIKEL KAT ATAS NI...
HANYA ALLAH TAHU BILE KIAMAT AKAN MELANDA....!!!
KORANG SMUA BERISTIGHFAR LA SEKARANG!!!
Posted by MAL at Saturday, July 30, 2011 0 comments
Tuesday, July 26, 2011
Friday, July 22, 2011
Apakah tujuan kehidupan?
Adakah perkara-perkara yang anda lakukan sehari-hari adalah signifikan terhadap hidup yang singkat?
Budaya idola yang melanda seluruh dunia (K-pop, Lady Gaga dan Justin Bieber, Akademi Fantasia) membuatkan masyarakat menghabiskan terlalu banyak masa mengikuti perkembangan idola-idola mereka. Apa yang dibuat oleh idola mereka pula? Hanya berlatih hari demi hari, jam demi jam, hatta minit demi minit, dan bergerak dari pentas ke pentas untuk menghiburkan peminat-peminat mereka. Mereka mempamerkan suatu ‘imej rekaan’ supaya disenangi oleh si peminat(terutama budaya K-pop), sedangkan imej sebenar mereka adalah berbeza. Jadi si peminat memuja, memekik melolong meminati suatu ‘imej rekaan pentas’, yang diperagakan oleh seorang idola. Itulah kitar hidup seorang peminat dan seorang idola. Adakah itu menunjukkan suatu kehidupan? Melakukan sesuatu yg tak bererti untuk menyokong sesuatu yang tak bererti. Ia adalah suatu kitaran ketidakberertian.
Kita menonton televisyen. Banyak program menarik. Setiap hari banyak jam yang dileburkan untuk mengetahui kisah lanjut drama-drama cinta murahan yang ‘direka’. Terlalu sedikit karya yang mencabar otak dan membuat kita berfikir. Biarpun sedar apa yang ditonton adalah fiksi murahan, namun apa yang ditonton oleh mata dihadam sebagai ‘sesuatu yang benar terjadi’ oleh otak. Maka, kita akan rasa begitu ‘engaged’ dengan cerita yang ditonton, walaupun kita tahu hakikat bahawa semuanya adalah rekaan. Jadi kita berbincang bersama teman sepejabat, dan jiran, “Watak A tak patut buat watak B begitu”, dan “Tak sabar nak tunggu episod seterusnya”. Sutradara dan pelakon akan terus meleburkan masa dalam hidup mereka untuk menghasilkan karya picisan yang akan terus meleburkan pula masa si penonton. Adakah itu sesuatu yang bererti? Satu lagi kitaran lengkap ketidakberertian.
Fungsi asal otak adalah untuk berfikir. Fitrah manusia, kita berfikir untuk merungkai erti kehidupan. Itulah tujuan akal, untuk mencari suatu keberertian.
Setiap perkara di dunia akan cuba kembali ke keadaan asal (seperti metal yang akan cuba kembali menjadi ore seperti fitrah kewujudannya). Apabila hidup ini terlalu dipenuhi dengan perkara tidak bererti dan ‘mengkhayalkan otak’, jadi sekali kita berhenti melakukan aktiviti2 tidak bererti ini (seperti ketika kita berseorangan, tidak melakukan apa-apa di rumah atau yang seumpa dengannya), maka otak kita akan cuba kembali ke ‘hakikat asalnya’-berfikir dan berfungsi untuk mencari keberertian hidup.
Pada ketika itu, kita akan mula berasa suatu cetusan kesedaran, bahawa semua ketidakberertian (aktiviti-aktivit lagha) yang selama ini kita lakukan dan gelumangi, adalah sebenarnya suatu kesepian dan kepalsuan, seperti logamaya.
Saat itu, kita berasa kosong.
Namun, kita tidak suka rasa kekosongan itu padahal ia adalah suatu kebangkitan kesedaran (actualization) yang berlaku pada otak kita. Kita cipta pula aktiviti-aktiviti tidak bererti yang lain, supaya rasa kekosongan itu akan hilang. Karaoke, wayang, clubbing, lepak dan sebagainya, semuanya ibarat logamaya semata-mata. Bagai terawang-awang dalam kenikmatan.
Apa ertinya kehidupan kita? Kita sudah tidak mahu lagi hidup seperti zaman bilamana semua manusia cuba merungkai apa itu kehidupan.; Bagaimana alam ini berfungsi?; Bagaimana cara alam ditadbir Tuhan?; dan sebagainya.
Ilmu yang kita pelajari di universiti hanyalah untuk mendapat mendapat satu jawatan yang bidang kerjanya diruncingkan hanya kepada aplikasi yang tidak pun menggunakan sepenuhnya falsafah cabang ilmu yang kita pelajari. Sekali dapat duit gaji, kita juga akan laburkan ke arah aktiviti-aktiviti tidak bererti. Otak kita akan terus berkarat dan berkarat, dan akhirnya sukar lagi untuk berfungsi dengan baik. Kita tidak kisah semua itu, asalkan dapat duit, dapat hidup (walaupun secara tidak bererti). Kita belajar pandai-pandai hanya untuk menjadi bodoh semula.
Apa yang boleh kita lakukan? Tiada apa-apa. Kerana kita bagai telah ditelan oleh iluminati. Tiada lagi jalan keluar.
Saya memandang cara kehidupan kita tidak ubah seperti yang terpapar dalam trilogy The Matrix. Manusia ibarat boneka-boneka tidur yang hanya disedatifkan dengan nikmat dunia, terus hidup dalam khayalan. Bagi manusia yang sedar akan hakikat kehidupan mereka, mereka ibarat hidup di dalam neraka, sedang yang terus khayal bagaikan hidup di dalam syurga. Dunia itu ibarat neraka bagi orang beriman, dan syurga bagi orang musyrik.
Kerana itu dalam apa-apa yang kita lakukan, kita mesti berpada-pada. Liburlah, tetapi berpada-padalah. Ikut syariat dalam liburan, semoga Tuhan menerangkan kabus yang berada depan mata kita supaya kita tidak sesat. Matlamat kita adalah akhirat, bukan dunia. Dunia hanyalah ‘jalan’ utk ke destinasi akhirat kita; ia bisa jadi jalan mati, jalan bersimpang siur, jalan beronak duri, atau mungkin highway. ‘Jalan’ yang mana satu yang akan kita lalui, semuanya bergantung bagaimana cara kita ‘hidup’ di dunia
Posted by MAL at Friday, July 22, 2011 0 comments
Thursday, July 21, 2011
KELIRU
Posted by MAL at Thursday, July 21, 2011 0 comments
Ujian Allah SWT
Adalah menjadi arahan Allah SWT kepada seluruh Muslimin untuk mengikuti syara’. Hanya mereka yang mematuhi syara’ yang akan beruntung. Keuntungan tersebut bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat. Hal ini akan berlaku dalam semua suasana dan ketika sekiranya syara’ dipatuhi.
Untuk mengikuti syara’ perlulah kepada matlamat yang terang. Matlamat yang terang perlu berhubung dengan keimanan kepada Allah SWT. Hanya matlamat yang berhubung dengan Allah SWT yang akan membawa kita kepada kejayaan yang sejati.
Seluruh tenaga, masa, fikiran dan wang ringgit yang kita gunakan akan menjadi sia-sia sekiranya kejelasan matlamat tidak tercapai. Matlamat hidup yang tidak jelas berlaku secara berleluasa dalam reliti masyarakat kita hari ini. Membiarkan hal ini berterusan bererti kita mendedahkan masyarakat kepada kerosakan demi kerosakan.
Posted by MAL at Thursday, July 21, 2011 0 comments
Thursday, July 14, 2011
Point out of finger ( aku x berdendam)
Ada seorang ustaz cakap, kalau anda menuding jadi anda, cuba anda pandang 3 jari yang menuding diri sendiri, kita nie manusia yang alpha dengan keadaan dunia, yang sering menarik kita kearah kejahilan yang amat hina,
Posted by MAL at Thursday, July 14, 2011 0 comments


