BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MUSIC

malas letak lagu...

Tuesday, December 21, 2010

Cinta Menurut Pandangan Islam


Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1. Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)

2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa seperti pembunuhan kejam terhadap Allahyarham Norzi Ayu Md Nor baru-baru ini serta beberapa contoh yang lain.

Wednesday, October 27, 2010

Ketelusan Bisnes Pasif 2kali.com

Pada mulanya, terima kasih kepada Muhd Farhan atas berjaya korek beberapa maklumat yang tertanya-tanya buat semua ahli 2kali.com. Di bawah adalah hasil perbualan Private Message (PM) di Facebook


Muhammad Farhan Hafiz September 23 at 4:16pm 

salam bro ni admin@staff 2 kali ke?


Syahrulhafiz Abu Samah September 23 at 4:23pm


salam,
saya admin 2kali.com. betul, leh telefon office kalo x caya ..heehe


Muhammad Farhan Hafiz September 23 at 4:27pm


alhamdulillah..senang sy nak berhubung..sy mempunyai prospek yg besar di UIAM..sal xde sorang pun buat lg benda ni selain saya..kalo saya ade masalah,saya kontek bro trus leh?1 lagi..bro leh terang tak macam mana 2kali ni leh dikatakan halal..saya tahu ia halal,tp saya nak tahu dari admin sendiri..takut saya salah paham.


Syahrulhafiz Abu Samah September 23 at 4:32pm


boleh pm sy xde masalah...

bisnes halal sebab 1stly kite cume jual lot iklan saje, dan yg kedua kite ada side business seperti car rental, graphic design, multimedia, namecard printing dan IT projek.

side business kita juga menjana sales dan kita menggunakan modal yg ada untuk gain profit dan sebab tu lah kita mampu beri pulangan kepada ahli-ahli.


Muhammad Farhan Hafiz September 23 at 4:52pm


ooo sy paham2..satu lg sy nak confirm kan..adakah fakta dalam artikel yg ditulis sape ntah ni benar,sal saya dah sebarkan kat org..takut salah faktanya kang ssh saya nt... http://bizon9modalkecil.blogspot.com/2010/08/wajib-baca-2kalicom-no-risk.html thank u bro sal sudi luangkan masa melayan pertanyaan saya..


Syahrulhafiz Abu Samah September 23 at 5:07pm


itu mcm citer kawan dgn kawan.. untuk tujuan promosi tak perlu ayat panjang lebar mcm karangan ...kite memg guna duit tu untuk bisnes untuk syarikat2 yg ada. memang betul. cuma kita bukan saham..

guna ayat simple je pon bole tarik perhatian sebab kalo aya panjang tak semua orang baca...kite sendiri pon malas nak baca kalao ayat panjang2..

maybe leh try guna ayat mcm ni;

Jana income bersama 2kali.com1.pasif income 30 hari dpt duit2. referal income setiap hari Rabu dpt duit..


Muhammad Farhan Hafiz September 23 at 5:36pm


orait..thank u admin kerana bg nasihat..tp kalo sy xbg org baca citer tu,amat la susah nak terang kat org melayu yg kebnyakan skeptical ngan bisnes2 mcm ni..diorg byk sgt tnya..mmg la kalo bleh malas nak terang..tp diorg ni byk masalah kewangan dan biasa ditipu ngan bisnes mlm dan sebagainya,diorang mmg berminat tp takut2..saya sendiri pernah ditipu rugi rm2000 begitu sahaja sal join luxor network suatu ketika dulu..sal tu saya perlu cari bukti sedemikian rupa utk meyakinkan org yg bisnes ni btol dan xharam..sesetengah dari mereka xterima penerangan yg ringkas dan tanpa bukti..kalo dah pihak admin bg kata2 mcm ni bertambah yakin lah saya yg bisnes ni telus..kalo bro ade masa,hehe saya ingin lg bertanya..maaf jika bro bosan,tp sy perlu tahu,untuk membawa ramai prospek join 2kali..saya teliti bisnes 2kali ni juga memakai sistem yang pernah digunakan RED TAGGY..bezanya hanya produk..RED TAGGY jual ebook dan 2kali jual lot iklan..pihak RED TAGGY sudah bungkus..dan ade pelanggan dia xdpt pulangan langsung,malah modal pun xdpt..sekiranya side bisnes company2 EZEY CONCEPT,EZEY MARKETING DAN PC Mechanix mengalami kerugian yg teruk,saya xmintak,tp biasa lah bisnes,mmg ade risiko,xleh lari..dapat tak 2 kali bayar at least modal kesemua pelanggan dia balik?Red Taggy lesap bgitu sahaja..ksian saya tgok pembeli produk diorg..bile dah percaya,byk la modal diletaknya..dan rugi begitu sahaja..sy teliti di website 2kali ade polisi 30days money back guarantee,boleh ke polisi tu digunakan sekiranya 2kali sudah tidak mmpu mebayar untung ke pelanggan2 nya..itu amat penting utk dijawab..sy harap admin jawab ye setulus,seikhlas mungkin..jika cakap itulah risiko join benda ni,modal anda mungkin lesap sekiranya 2kali tak mmpu menanggung bayaran disebabkn kerugian,saya boleh take note nanti,sal nt org paham dan saya paham,bisnes 2kali adelah risk free..


Syahrulhafiz Abu Samah September 23 at 5:49pm Report


kita dah tengok red taggy, cume beza dia dia jual e-book, memang betul apa yang farhan cakap tu.. kita berani beri jaminan 30 hari selagi tiada masalah. Setakat ni bisnes berjalan seperti biasa.

'' boleh ke polisi tu digunakan sekiranya 2kali sudah tidak mmpu mebayar untung ke pelanggan2 nya..itu amat penting utk dijawab ''

yep kita mampu bayar sekurang-kurangnya modal asas jika perniagaan mengalami masalah...

cuma doakan encik Din dan admin2 panjang umor dan bisnes maju supaya dapat meneruskan komitment kami...

jika ada masalah di kemudian hari bolehlah contact admin yang ada ataupon saya, kite setelkan...


Muhammad Farhan Hafiz September 23 at 6:02pm


saya doakan agar semuanya bertahan lama sebagaimana keadaan hari ni..insyaALLAH jika 2 kali adelah bisnes yang btol2 tulus dan btol2 ingin membantu org ramai,why not 2kali xleh dpat support kerajaan mcm ASB..walaupun 2kali xleh mencapai tahap seperti kepercayaan org pada ASB,jika bisnes ni btol flow nye..saya xnampak 2kali leh jatuh..ape pun harap sukses 2kali..dan walaupun sy msih dpt income rm100 ke rm200 je dengan 2kali setiap minggu..tp dengan support 2kali mcmni sy x teragak2 nak ajak org dah..terima kasih kerana meyakinkan saya,walopown sy dah yakin sebelum ni,dengan penerangan bro sy jd lebih lega..ALHAMDULILLAH..terima kasih 2kali byk2..saya xtau nak ucap ape lg,tahniah ke..semoga sukses dalam perniagaan 2kali..


Syahrulhafiz Abu Samah September 23 at 7:03pm Report


terima kasih. sy pon doakan farhan sihat dan bahagia selalu.


P/s:Tidak ade sedikit pown tokok tambah yg saya lakukan dalam perbualan ini,ni perbualan sebenar sebagaimana tarikh 23/9/2010 ..saya dah cari bukti sebegini rupe,kalo xmau join jugak saya xder masalah..sape yg berminat leh la join...


Facebook orang yang bertanya : Muhd Farhan
Siapa berminat untuk pendaftaran, boleh layari KLIK SINI

Wednesday, October 13, 2010

Investment Planning

Investment Planning
Good investment planning can turn your goals from dreams into realities. This planning involves more than trying to pick the "right" investments. How you allocate your money among different types of investments can have a greater effect on investment success than the individual investments you choose. So, your first step in investing toward your goals is to work out an asset allocation for your investments.


Asset Allocation

Very simply, asset allocation is the process of deciding what percentage of your money to put in the different investment classes: stocks, bonds, money market, and other investments, such as real estate. Your asset allocation will depend on your investment time frame, your savings goal, and how much risk you are willing to take to achieve that goal.


Diversification



After you decide on an asset allocation, the next step is to diversify your money within the different investment classes. By putting your money in numerous different investments, you spread the risk - rather than invest in one stock, you might invest in a variety of stocks. That way, if one stock performs poorly, it represents a smaller portion of your overall stock portfolio.

Before you can set an asset allocation and diversify your investments, though, you need to know more about the choices that are available.


1. Stocks

Investing in stocks gives you an ownership interest in the corporation issuing the stock. If the corporation does well, your investment should do well. If not, you could lose some (or all) of your money. The advantages of investing in stocks include the potential for higher returns over time than those offered by most other investments and returns that historically have outpaced inflation. Both of these advantages make stock investments an appropriate part of a portfolio designed to achieve long-term investment goals.


2. Bonds
Bonds and other fixed-income investments pay a set income over a set term. At the end of the term, the amount you have invested is returned to you. Fixed-income investments offer a steady income stream and historically less volatile price fluctuations than stock investments. But fixed-income investments aren't without risk. Sometimes a bond issuer, for example, can run into financial difficulties, default on its bonds, and not be able to return the face amount of the bonds to investors.

Also, bond prices move up and down, largely in reaction to interest-rate swings. Thus, investors in bond mutual funds, as well as investors in individual bonds who don't plan on holding them until maturity, face the possible risk of losing principal.


3. Money Market Investments

Like fixed-income investments, money market investments pay a defined income over a set term. (The income may be fixed or variable.) The advantage of money market investments is that many of them are backed by the Malaysian government, so return of your principal is practically guaranteed. This makes money market investments an attractive choice for investors with short-term goals. The major disadvantage of this investment class is that the investments historically have not produced returns much greater than the inflation rate.


4. Mutual Funds / Investment Linked Funds

Mutual funds or investment linked funds are one of the most popular ways to invest. With an investment fund, your money is pooled with that of other investors to purchase a variety of securities (stocks and/or bonds). The fund is professionally managed as a single investment account. Investment funds offer you automatic diversification because each fund invests in numerous different securities. When you buy units in a mutual fund, for example, you are actually buying an investment in the stocks of many different companies. If one company or industry has a problem, the fund will be less likely to suffer a major loss because it is diversified.

You can choose from various of stock, bond, balanced (stocks and bonds), and money market mutual funds. Each fund is managed toward a particular investment objective, such as growth, income, or asset preservation. The mutual fund's prospectus will explain the fund's investment objective and tell you what types of securities the fund can hold.


Investment Return

When choosing investments, potential return is a key consideration. The higher your return, the faster your investments will grow and the sooner you will reach your goal. But be aware that the annual percentage returns and yields you see published in ads, prospectuses, and articles don't take into account inflation or taxes, two factors you need to consider in your investment planning. And the higher the potential returns also mean a higher investment risk.


Risk Tolerance



You also need to weigh an investment's risk. Generally, the more risk involved with an investment, the higher its potential return. Consequently, the more risk you are willing to take, the more potential your savings have to grow over the long term. Before choosing an investment, you should make sure you understand the investment, the risk it carries, and how that risk relates to your investment goal.

For instance, if you are investing for your two-year-old child's college education, you can probably afford to assume more risk in your investing than someone whose child will begin college in two or three years. With more than 15 years before you'll need your money, you should have time to make up any short-term losses your investments may experience. Of course, there can be no assurance that any losses will be made up in a 15-year time period.

Short-term investments, such as money market funds, offer the least risk. Fixed-income investments offer potentially higher returns with added risk. Stock investments offer the highest potential returns with the greatest amount of risk. A combination of money market, fixed-income, and stock investments can provide potentially higher returns than either money market or fixed-income investments alone, with only slightly greater risk.

As you near your goal, your risk tolerance may drop and you may want to change your asset allocation. Protecting and preserving your savings might become more important. You may be willing to give up the growth potential of most of your long-term investments in favor of the greater security offered by short-term investments.


Modern Portfolio Theory

The above is part of the application of Modern Portfolio Theory, a sound method for many investors to establish a disciplined approach to investing.

When you put all this together, it's entirely possible to build a portfolio that has much higher average return than the level of risk it contains. So when you build a diversified portfolio and spread out your investments by asset class, you're really just managing risk and return.

Saturday, September 18, 2010

Manusia dan Pilihan ???


Ada 3 Kategori Manusia
Yang Pertama
:
Manusia yang suka melihat kejayaan orang lain


Yang Kedua
:
Manusia yang suka mendengar kisah kejayaan orang lain


Yang Ketiga
:
Manusia yang suka melihat, mendengar dan mengambil peluang



Anda Kategori Yang Mana?
"Tiada Manusia Yang Gagal Dalam Hidup,
Kecuali Orang-Orang Yang Memilih Untuk Gagal,
Dan Kegagalan Sebenar
Adalah Kegagalan Untuk Mencuba"

Wednesday, September 15, 2010

2kali berkesan




Kalau ada apa-apa nak tanya, contact lar aku... jangan malu-malu,

Jangan Memandai...hehe

Silap aku x rugi, korang yang rugi,

Kalau aku x refer pun, aku da UNTUNG

Sistem semudah ABC


Nak Beli Banyak Lagi Lah

Bukti akaun aku
Sebab Kena Join:

1. Kowg Kawan-Kawan Aku....aku xmo makan sowg-sowg
2.


TIDAK Perlu Pening Kepala Nak Belajar Blog Wordpress sebab memang akan sediakan referrel page untuk korang..(tapi belajar apa salahnya) haha
TIDAK Perlu Beli Domain dan Hosting sebab syarikat sediakan portal pengiklanan untuk anda..
TIDAK Perlu Menaja sebab syarikat tetap akan membuat keuntungan tanpa perlu menaja (paling best sebab bukan MLM)
TIDAK Perlu Mencari Trafik untuk Produk Anda sebab syarikat akan sediakan trafik untuk melihat produk anda.
TIDAK Perlu Komputer & Internet sebab korang boleh menyemak akaun anda melalui SMS…
TIDAK Perlu Tunggu Lama Untuk Dapat Duit sebab syarikat akan kreditkan akaun anda setiap Minggu
TIDAK Perlu Log-in Untuk Mengeluarkan Duit sebab syarikat uruskan bayaran kowang dan menghantarkan SMS jika akaun kowg telah dikreditkan.. (x caya sudah)



PALING AKU SUKA
OK BYE...Assalamualikum... WEBSITE (HQ)

Saturday, September 4, 2010

Assalamualikum wbt, Ni Nak Story Sikit

Tujuan saya menulis kali ini, cuma ingin mengingat kan sesiapa yang diluar sna supaya berhati2 dengan keadaan sekeliling anda,
Sedar atau tidak, saya telah terpengaruh dengan semua agenda dunia yang di kawal oleh manusia sendiri,
Jika anda tidak memahami maksud sebenar saya tidak mengapa, sebenarnya jika saya terus menulis menerangkan apa yang sebenarnya berlaku, anda tetap tidak akan menerima setiap kata-kata saya, sebab anda terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang anda sendiri tidak sedar lahir dalam diri anda.

Sebentar tadi saya menyaksikan beberapa buah video clip dari youtube yang menunjuk kan perubahan emosi seseorang, apa yang saya lihat sungguh menghairankan, dan membuatkan saya terfikir sesuatu,

Jika anda singkap 1 per 1, perjalanan hidup anda dari saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun, kemudian dekad ke dekad kemudiannya..

Tanpa kita sedari sesuatu telah mengawal diri dan haluan diri kita, jika anda tidak percaya, anda buat satu analisis tentang apa yang anda lalui, dari sehari ke sehari...

Mungkin sesiapa yang membaca ini, mengatakan sesuatu seperti, psyco ke budak nie, or something, tapi saya buat ini berdasarkan kajian yang saya buat setelah beberapa tahun yang lalu, akhirnya saya menjumpai puncanya, dan kenapa ini semua berlaku,

Klu anda rajin anda search dan search lah pelbagai berita di Internet, dan kaitkan 1 per satu, dan buat kesimpulan darinya, sebab saya tidak boleh lahirkan kesedaran anda itu, dengan hanya beritahu anda dengan cara ini, YA atau TIDAK, pilihan yang anda ada...

OK, First and formost, sebagi permulaan, contohnya begini, KLIK SINI ini adalah satu link yang bakal anda fikirkan kan, seorang artis luar yang mempunyai hidup yang anda tahu dan bandingkan dengan kehidupan sebenar beliau, beliau merupakan 1 dari jutaan manusia diluar sana, yang mengalami perkara yang sama, dia seorang penyanyi yang menggergarkan dunia suatu masa lalu dan kini masih dalam industri hiburan...

Tapi pernah atau tidak anda fikir di belakang tabir kehidupannya, Video dari link tersebut tiada subtitle bahasa melayu, kerana ia didalam bahasa inggeris, bagi yang tidak memahami segala perbualan yang dibicarakan, harap maaf, tapi itu tidak bermakna anda perlu mendiamkan diri tanpa berbuat sesuatu. Percayalah PILIHAN DITANGAN ANDA, ANDA YANG MENENTUKAN SIAPA DIRI ANDA SEBENARNYA.

Beliau iaitu artis tersebut, mempunyai masalah tentang mengenali diri sendiri, apa yang telah dia lakukan, dan sebab-sebab dia lakukan sesuatu, tetapi percaya atau tidak dia seperti ROBOT yang di kawal perbuatannya, setiap tingkah lakunya tidak dapat difikirkannya. Perkara ini berlaku disebabkan satu badan kerajaan yang diupah oleh orang yang tidak bertanggungjawab melakukannya. Mereka ini diasuh dan dididik supaya bertindak demikian. Mereka berubah emosi dalam sekelip mata. Badan yang tidak bertanggungjawab tadi menggunakan satu formula yang di panggil MIND CONTROL, jika anda lihat dia, seolah2 dia tidak dapat membuat pilihan dalam hidup, seperti BONEKA yang digerakkan tali2 di tangan dan kaki.

KLIK SINI ini ialah link kepada seorang artis yang saya minati, jika anda tpernah mendengar perkataan ini, anda akantahu siapa dia "Slim Shady" dia sekarng telah menukar imej dari seorang yang benci keluarga, ibu, bapa disebabkan masalah yang dihadapinya. Apa yang dibuat dari badan2 ini mereka mengambil kesempatan dari masalah beliau untuk dijadikan ikutan, remaja sekarang,

Tapi Kini dia telah menukar imej baru seperti menghasilkan lagu2 kasih sayang antara ibu.bapa dan anak, seperti MOCKINGBIRDS judul lagunya yang amat popular, Produksi yang merekod albumnya kini membuang lagu-lagunya dan keluarkan dia dari carta...

Formula - formula tersebut ada di sekeliling kita tanpa kita sedari. Kita sedang menikmati sistem yang dikendalikan badan tersebut hingga ke hari ini. Jika ini berterusan kita juga akan musnah, Ingatlah tujuan ALLAH SWT jadikan kita untuk apa...

Wednesday, September 1, 2010

Selamat Mencoba ! !

Ulasan Kaedah Rahsia Tarikh Lahir Manusia


Cara mengetahui rahsia tarikh lahir individu dengan menggunakan kaedah numerologi, dilaksanakan secara metafizik terhadap berbilion-bilion umat manusia untuk mengetahui skrip kehidupan seseorang.

Kaedah rahsia tarikh lahir ini dikatakan telah wujud sejak berkurun-kurun tahun lalu. Kaedah numerologi telah diasaskan oleh Pythagoras, seorang ahli Matematik sekitar 2600 tahun yang lalu.

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh. Saya ingin menyatakan sifat beberapa nombor di dalam rajah di atas.

* Pertama, nombor kod asas diwakili oleh huruf O di dalam bulatan biru. Nombor kod asas ini mewakili ciri-ciri utama individu.
* Kedua, nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T di dalam bulatan hijau. Sekiranya nombor-nombor cermin ini memiliki nilai yang sama; sebagai contoh S = 6, dan T = 6, maka individu tersebut dikatakan berpotensi besar untuk menjadi seorang individu yang amat hebat dan popular.
* Ketiga, nombor chassis atau nombor kod peribadi. Nombor chassis ini terdiri daripada I, J dan O. Nombor chassis ini juga dikatakan sebagai nombor kombinasi penentu sifat peribadi seseorang. Kedudukan nombor-nombor chassis ini telah saya warnakan dengan warna biru cair.
* Keempat, nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T. Kombinasi nombor-nombor tertentu daripada nombor circular ini juga dikatakan satu cara lagi untuk menghalusi sifat peribadi individu.

Ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh individu sebelum mengira nombor chassis atau kod asas individu berdasarkan tarikh lahir mereka. Pertama AB mewakili dua digit hari lahir. Kedua DC mewakili dua bulan lahir. EF dan GH pula mewakili empat digit tarikh lahir. Pendek kata, tarikh lahir individu perlulah disusun mengikut format AB.CD.EFGH yang pada akhirnya akan bertumpu menjadi A+B+C+D+E+F+G+H untuk mengetahui nombor kod asas.

Sebelum itu, perlu diketahui di sini, bahawa sebarang nombor dua digit seperti 10, 11, 12 dan ke atas perlulah diubah menjadi nombor satu digit menerusi kaedah numerologi seperti berikut:

10 –> 1 + 0 = 1
11 –> 1 + 1 = 2
12 –> 1 + 2 = 3
19 –> 1 + 9 = 10 –> 1 + 0 = 1 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 1
20 –> 2 + 0 = 2
94 –> 9 + 4 = 13 –> 1 + 3 = 4 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 4

Sebagai contoh, saya akan ambil tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tokoh negara Malaysia ini dilahirkan pada 10 Julai 1925 dan merupakan seorang tokoh yang amat dikagumi di kebanyakan negara, termasuk di negara-negara maju.

Mari kita semak cara pengiraan tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas. Mula-mula kita susun tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada 10 Julai 1925 kepada 10:07:1925 mengikut format AB:CD:EFGH, dan kita akan dapat menjalankan pengiraan seperti di bawah:

AB:CD:EFGH –> 10:07:1925

A=1, B=0, oleh itu A+B= 10 –> I=1

C=0, D=7, oleh itu C+D= 7 –> J=7

E=1, F=9, oleh itu E+F=10 –> K=1

G=2, H=5, oleh itu G+H=7 –> L=7

dan seterusnya.

Berdasarkan kiraan rahsia tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas, maka kita dapati Tun Dr. Mahathir memiliki nombor-nombor berikut:

* Nombor kod asas diwakili oleh huruf O = 7
* Nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T adalah sama iaitu masing-masing ialah 6.
* Nombor chassis atau nombor kod peribadi I.J.O Tun Dr. Mahathir ialah 1.7.7.
* Nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T bagi Tun Dr. Mahathir ialah 1,1,3,6,6,6,6,6,6,7,7,7,8,8,9 dan 9.

HURAIAN NOMBOR KOD ASAS:
Nombor kod asas ini diperolehi berdasarkan nombor chassis. Contohnya Tun Dr. Mahathir memiliki nombor-nombor kod asas 1, 7 dan 7 atau nombor chassis 1.7.7. Ini bermaksud Tun Dr. Mahathir memiliki nombor chassis berdasarkan 1 dan 7. Jika anda memiliki nombor chassis 1.2.3 maka sifat peribadi anda adalah berdasarkan nombor 1.2.3. Namun kod asas yang paling utama bagi anda adalah nombor yang mewakili huruf O. Dalam kes ini, nombor 7 mewakili ciri-ciri utama Tun Dr. Mahathir, manakala nombor 1 adalah rangkaiannya.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1

Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.

Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.

Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang lain.

Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.

Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks dan Hulk Hogan.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2

Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.


Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3

Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).

Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4

Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.

Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.

Individu Dengan Kod Asas 5

Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.

Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6

Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.

Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).

Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7

Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.

Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8

Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak Liverpool).

Individu dengan Kod Asas 9

Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati Sukarno.

NOMBOR-NOMBOR CIRCULAR

Nombor-nombor circular sebanyak 16 unit diambil daripada huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T. Nombor-nombor ini boleh dicantumkan menjadi kombinasi nombor tertentu yang membawa makna tertentu juga. Berdasarkan Dr. Azizan Osman, ada antara kombinasi-kombinasi nombor circular yang boleh membawa maksud seperti berikut:

1 2 3 @ 1 2 * bermaksud:

* Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
* Boleh bercakap dengan lancar dan pantas
* Kadangkala bercakap kosong
* Kadangkala tidak boleh mengawal mulut atau terlepas cakap/kurang pandai bergurau
* Boleh berhujah/berdebat

4 2 6 @ 2 4

* Boleh berceramah
* Suka berkongsi ilmu
* Boleh menjadi seorang motivator

8 4 3

* Mudah berasa bosan dengan satu-satu perkara
* Terlalu suka berangan-angan
* Susah untuk berjaya jika tidak fokus dalam melakukan sesuatu perkara
* Suka mencari peluang baru

5 7 3

* Mudah bergaul dengan orang atasan atau VIP
* Orang atasan mudah percaya percakapannya
* Mudah dihentam dan menghentam orang (barangkali disebabkan kelantangan bercakap)

9 1 1

* Lebih suka berdikari dalam melakukan sesuatu
* Suka bekerja sendiri dan sukar bekerjasama dengan orang lain
* Susah ada rakan kongsi kerana mudah bertentangan pendapat
* Suka buat keputusan sendiri
* Boleh menjadi orang tengah
* Mudah berjaya atas usaha sendiri
* Keras kepala
* Senang dikhianati orang lain

1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6

* Suka berfikir secara mendalam
* Tidak suka berkongsi masalah
* Mudah berasa kecewa
* Mudah dilanda tekanan emosi

4 5 6

* Sesuai menjadi akauntan
* Mudah terlibat dalam penyelewengan dan rasuah

9 9 9

* Banyak peluang dalam hidup hingga boleh mengubah diri menjadi seorang yang tamak
* Sunyi dan suka tinggal di kawasan yang banyak pokok

3 3 3 @ 8 8 8

* Mudah tertekan
* Panas baran
* Berpontensi untuk menjadi seseorang yang memiliki pengaruh dan kuasa
* Pendendam
* Degil
* Mudah berasa resah dan gelisah (perlu belajar bertenang)

4 5 9

* Lebih suka mengikut gerak hati berbanding merancang dalam usaha mendapatkan sesuatu

6 7

* Mudah berbelanja untuk orang lain

1 5 6

* Lebih sesuai kerja di luar (outstation) sekiranya inginkan keuntungan atau rezeki lebih.

1 8 9

* Suka melancong, suka bergerak dan sentiasa tertekan

8 3

* Suka aktiviti luar rumah
* Tidak suka duduk diam di dalam rumah tanpa kerja

3 3 6

* Kebocoran wang.
* Duit senang masuk, senang keluar

PENUTUP
Setelah menjalankan kajian terhadap beberapa orang responden yang terdiri daripada kenalan dan sanak-saudara yang terdekat, saya mendapati tidak semua keputusan yang diperolehi adalah betul-betul sama seperti ciri-ciri yang dinyatakan. Ilmu seperti ini boleh membantu merangsang atau memotivasikan individu tetapi tidak boleh diterima atau dipercayai seratus peratus . Sesiapa yang berminat bolehlah menguji kaedah di atas dan menyatakan ketepatan atau peratus ketepatannya di sini.