BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MUSIC

malas letak lagu...

Thursday, July 22, 2010

MENCARI MUTIARA

Tidak mudah ditemui mutiara,
Tiram menjadi pelindung dirinya,
Bukan semuanya ada.

Mencari mutiara jauh dalam diri,
Entah bila akan ditemui,
Walau sedar potensi tersembunyi,
Adakah berusaha menggerak peribadi?

Hanya berbicara memang manis di bibir,
Apakala dikerah tenaga mencebik diam tanpa senyum terukir,
Manakah perjuangan yang mahu disingkap tabir,
Gagal walau belum berakhir.

Usah berhenti biarpun terhina dan menyendiri,
Serlahkan mutiara dalam diri,
Cerminkan Islam pada peribadi,
Islam itu mutiara,
Iman bukan hanya di dada,
Akhlak membuah segala.

0 comments: