BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MUSIC

malas letak lagu...

Tuesday, August 24, 2010

Ukiran Hati


Masih berdiri di sini,
Persimpangan ilusi dan realiti
Memerhati dan ingin menghampiri
Hanya langkah masih sepi.

Tertegun di ruang waktu
Melihat diri yang kian lesu
Ditelan diri yang kerap melulu
Melaku tanpa malu.

Kadang aku menjadi si pembisu
Ada kala si periang yang mahu membuang jauh malu,
Hanya aku yang tidak mahu tahu
Benarkah apa yang dilaku.

Berdiri di sudut masa lalu
Aku masih seperti selalu
Apa yang berubah aku tidak tahu,
Makin rancak melarik rindu.


Simpan sahaja kepedihan
Pada ulu hati paling dalam.

Luahkan hanya yang manis,
Biar hanya senyum terlukis
Biarkan hati terguris
Jangan pada wajah duka terlukis.

Kala sunyi yang bertamu
Terkenang salah dan khilaf yang dilaku
Hanya kekesalan berlagu
Tanpa diiring sendu....

Hidup ini penuh dengan pilihan,
Mahupun kekasih, sahabat, dan kawan-kawan,
Berkorban untuk beri kebahagiaan,
Agar yang lain gembira tanpa sengketa yang tidak berkesudahan..

Mahu aku terus menjauh...

Biar jarak beribu batu
Tanpa aku sakiti kamu
Hanya memandang pada cermin kenangan lalu...


0 comments: