2• Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Jangan menjerit jika tidak perlu. Panggil dengan cara baik, dan dekat dengan orang lain.
3• Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.
4• Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan, jadikan ini rutin. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
5• Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka
9• Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak (tongek). Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.
Saturday, March 5, 2011
Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan
6. Jangan banyak berangan dan boros, hakikat lelaki bencikan wanita yang boros.
Jangan habiskan wang untuk barang-barang yang tidak diperlukan.
7. Menjaga pemaikaian, pakai tudung yang menutupi dada secara keseluruhan,dan menutup pinggul anda.Tidak menampakkan bentuk badan anda (cutting). Pakai pakaian yang tidak jarang. Ingat, anda hanya milik seseorang lelaki, bukan semua lelaki.
10• Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
11• Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa
12. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.
13• Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.
14• Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain. Walaupun terlanjur, cepatlah berpaling pada pangkal jalan, berilah peluang pada diri anda dan orang lain kerana wanita itu istimewa. Setiap yang berlaku ada hikmahnya...
Posted by MAL at Saturday, March 05, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam sejahtera,
dah jadi follower ke 15, jadilah diri sendiri itu adalah lebih baik dari berpura-pura, jommke blog ainul pulak.
ye ker...jadi diri sndiri lebih baik....Allah swt no berapa??
Post a Comment