BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MUSIC

malas letak lagu...

Friday, April 2, 2010

Dewan Rakyat: Isu Apco: Ketua pembangkang dirujuk jawatankuasa Parlimen

Source (Berita Harian Online)

2010/04/02

KERAJAAN memutuskan akan membawa usul untuk merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung dakwaan beliau bahawa 1Malaysia diciplak daripada ‘One Israel’ yang mengelirukan Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata keputusan membentangkan usul untuk membawa wakil Permatang Pauh itu mengikut aturan mesyuarat Peraturan 18 (2) yang memerlukan kerajaan memberi notis kurang satu hari.

“Kita sudah memberi peluang kepada Permatang Pauh untuk membuat penjelasan dalam tempoh seminggu sebelum berbuat demikian Selasa lalu, tetapi kita dapati beliau gagal menunjukkan bukti yang kukuh untuk menguatkan dan menyokong dakwaannya itu.

“Kita juga membuat keputusan itu selepas Apco Worldwide sendiri membuat penafian seperti yang disiarkan dalam media cetak,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, di sini semalam.

Pada 22 Mac lalu, Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) membangkitkan isu percanggahan kenyataan Anwar mengenai gagasan 1Malaysia ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, berdasarkan muka surat 76 Hansard (catatan) Parlimen bertarikh 17 Mac, Anwar menyatakan pada 2009, Apco Worldwide memberikan nasihat kepada Perdana Menteri berhubung 1Malaysia selain mendakwa syarikat sama memberikan nasihat kepada kerajaan Israel pimpinan Ehud Barak pada 1999 berhubung slogan ‘One Israel’.

Nazri berkata, notis untuk merujuk Anwar ke jawatan-kuasa itu akan dikemukakan hari ini sebelum ditentukan Speaker Dewan Rakyat bagi menetapkan tempoh sesuai bagi perbahasan usul itu dalam sesi persidangan kali ini.
Beliau berkata, jawatan-kuasa itu akan dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat dan dianggotai lima anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan tiga wakil rakyat pakatan pembangkang, masing-masing satu dari DAP, PKR dan PAS.

Ditanya kemungkinan wakil pakatan pembangkang akan memboikot jawatankuasa itu, Nazri berkata, perkara itu pernah berlaku sebelum ini ketika Ahli Parlimen Puchong, Govind Singh Deo dirujuk kepada jawatankuasa sama.

“Tindakan ini tidak akan menjejaskan perjalanan sidang,” katanya.

Sementara itu, Anwar yang ditemui, mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno menjawab terlebih dulu mengenai tindakan mereka melantik Apco sebelum mahu merujuknya ke jawatankuasa berkenaan.

“Saya tidak jelas apakah sudah dijawab atau belum. Buat apa nak serang saya lagi, saya diserang banyak dah... soalnya sekarang Perdana Menteri dan Umno mesti jawab mengapa dipilih Apco dan mempertahankan Apco bermati-matian,” katanya ditemui di lobi Parlimen.

SOURCES:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DewanRakyat_IsuApco_KetuapembangkangdirujukjawatankuasaParlimen/Article/

0 comments: