BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

MUSIC

malas letak lagu...

Tuesday, November 1, 2011

Alhamdulillah Syukur Aku Masih Belum Terlambat

Air mata seorang lelaki,

Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,

Maka hilanglah sifat pemimpinnya.



Air mata seorang lelaki,

Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,

Maka hilanglah sifat redhanya.



Air mata seorang lelaki,

Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,

Maka terbitlah sifat belas ehsannya.



Air mata seorang lelaki,

Andai mengalir kerana terluka,

Maka hilanglah sifat kekuatannya.



Air mata seorang lelaki,

Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,

Maka bergembiralah,

Kerana air mata yang sedikit itu mampu,

Memadamkan api neraka kelak.

Rasulullah S.A.W telah bersabda:

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari Kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata:

"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan kerana sehelai rambut.

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari Kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jathiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan:

"Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad S.A.W berusaha menghalanginya dengan berkata:

"Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata,:

"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah S.A.W meraihnya. Berkata Jibril A.S.:

"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S:

"Wahai Jibril, apakah air itu?"

Maka Jibril berkata:

"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W:

" Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Saturday, October 1, 2011

InsyaAllah


Aku mohon supaya Allah Swt pelihara orang-orang yang taat dan patuh padanya....

Berjaya DUNIA dan AKHIRAT

Saturday, September 24, 2011

Alasan wanita tk tutup aurat (yg aku jumpa la)
1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."

Jawapan:
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."

Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?


3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"

Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"

Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?

Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...

Sunday, September 18, 2011

I LOVE YOU ABAH





Saturday, September 10, 2011

Nikah?

Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dgn mas kahwinnya RM..”
Bunyi mcm senang kn?? Tp, erti sebenar dia :

"Aku tanggung dosa2 si dia dr ibu bapanya,
apa saja dosa yg dia buat,
dr dedah aurat hingga ke tinggalnya solat,
aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung,
dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku.
Kalau x didik, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka
dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.."

So...bagi lelaki yang diluar sana, nikahlah wanita yang mampu
kita didik, yang mampu kita ajar,
jika sekarang pun kita x mampu nak jaga dia,
apatah lagi selepas di ijab kabulkan,

Dan bagi wanita di luar sana,
kamu adalah milik seorang lelaki,
bukan semua lelaki,
peliharalah maruahmu utk lelaki yang bergelar suami,
dia lah yang perlu kamu patuh dan taat.

InsyaAllah
Salam perjuangan rakan ku... :)

Wednesday, August 31, 2011

Raya (Sedarlah)

"hari raya suma wanita melayu nmpk menarik dan menawan hgga buat ku tertarik... knapa hari2 laen xpkai sopan mcm hari raya? kan cntik kalo tutup sini tutup sana.. iman saya bkn la kuat mana pun... =)"
status zhafri di aidil fitri...

Bukan nak kata, tapi reality..

Raya-raya jugak..tapi jaga lah adab sopan tu...
jangan lupa diri, ye x "cik"...
Siapa makan cili, dia yang rasa pedasnya..

Kalau aku direct jer aku cakap..
"Mcm x de baju nak pakai dah"
Buruk Benar
Pakai baju mcm tengah bogel...
Bulat berada di badan, Bulat lagi Mata Memandang...

Salah MAK BAPAK ke??
Salah cikgu??
Salah Kerajaan??
Salah Ulamak???

salah tuan punya badan lah...
bukan nak kata apa, tapi hakikat la..
benda terang lagi bersuluh,

First kepala...
mau buat cmel tudung tu..x salah..
tapi selak sampai nampak "tut" di dada..
apa kes..klu owg tegur benda tu bulat ja, tahu pulak marah...

Second pinggang...lelaki x kisah lah nak mcm ne pun...
asal dia ttup aurat,
pinggang mau rapat...dah lah buncit,..menyerlah lagi..
punggung pun sama...
bila jalan up n down je...
labuh jer turun...

Kaki pulak...tambah yang pakai jeans ketat, n legging,
baik kowg bogel jer...senang..

Picture buat2 comel mulut itik. bajet lah,
Pegi masuk longkang lah..nak jadi awek cover majalah katakan...
HARAM
pegi simpan jauh lah hasrat tu...
sedar la sikit...jangan nak sebat semua, buta tuli..
Cari hujung pangkal nya dulu,

Agama nak letak No. berapa DIK??
1,2,3...
Hidup nie kejap jer...
Jangan sebab sikit punya hal, merana selama nya...

-salam perjuangan-





Fahami

Bukan mudah kita nak memahami sesuatu perkara,
sebab kita x tahu apa yang kita nampak, dan hakikat sesuatu perkara,

kita percaya apa yang kita nampak, apa yang kita dengar,

Tapi...hakikatnya perkara tersebut bukan lah seperti yang di maksudnya,
Sebagai contoh hati, orang kata dari mata turun ke hati, tapi
pernah x terfikir ayat nie semula...adakah ia melalui akal fikiran sebelum sampai ke hati,
sebab itu juga...

orang cakap cinta itu buta, tapi sebenarnya, hakikat nak cuba menutup bahawa,
orang yang bercinta itu sebenarnya buta.

Bukan senang untuk senang, dan bukan susah untuk susah...

Siapa yang salah..

DIRI SENDIRI..

Don't Point Out Your Finger To Anybody..

Jadi BERUBAHLAH...Sebelum Terlambat




Wednesday, August 17, 2011

Jangan Ikut Nafsu!!


PERCAYA LAH !!! HUBUNGAN INI TIDAK DI REDAI

"Cinta Suci"
INSAN INI
TIDAK WUJUD

Jangan Terus Lakukan Kemungkaran,
Sedangkan Kau Tahu akan Ia!!


Tuesday, August 16, 2011

Aquapix Camera


Must Watch Video!!!

Sunday, August 14, 2011

Aqua Pix 35mm Underwater Camera Review



One of the simplest camera ever, I think ! “Just” point and shoot.. Even under the water. It couldn’t be any easier. Aqua pix.

One of the simplest camera ever, I think ! “Just” point and shoot.. Even under the water. It couldn’t be any easier. Aqua pix.

Recently I decided to buy an underwater camera which I would use on my holiday. So I started to look over the net and found this little, funny and cheap thing. As I always do, first I checked the photos that were taken with this camera and I was quite impressed. Then I ordered one.

The camera has simply two parts. One of them is the camera itself and the other one is the underwater protector. Protector can be removed and the camera can be used as a normal 35mm camera.

It has everything fixed, so you don’t need to worry about any adjustment. Aperture is fixed (f:9 I think) and shutter is fixed (1/100 sec. I think) and it has focus free 28mm plastic lens. Thanks to the wide angle lens, f:9 aperture and fixed focus, you never get blurry pictures unless you intentionally shake the camera to get blur effect.

The camera is as light as a feather. Very small (102 X 35 X 72mm) to get into your any pocket (even in your jeans pocket) so you could easily forget the camera is still on you J

The producer claims that the camera can be used under 3-4 m under the water but I haven’t tried

yet.I tried the camera with Fuji Sensia 200 (recently expired slide) and have it cross processed for

a sunny day (seems 100 ASA could have been used as well) and Capital 400 (color negative, very

expired) for a very cloudy day and cross processed with regular black and white chemicals at

home and scanned as black and white. I am quite happy with the results so far and it seems the

Saturday, August 13, 2011

Friend For Benefits


Movie yang aku maksudkan ialah title diatas,

maaflah cerita nie xkan masuk panggung di malaysia,
sebab agak censored dan x sepatutnya ditayangkan,
tapi ini lah hakikat cerita nie, walaupun hanya terlibat dengan
storyline sahaja, hehe..

Ia berdasarkan pengalaman orang lain yang aku
interpret dalam bentuk karya nie...

Mengisahkan...

Jamie (Mila Kunis) seorang Recruiter Eksekutif bagi agensi pekerjaan terkemuka di New York City dan Dylan (Justin Timberlake) bekerja sebagai pengarah seni untuk syarikat internet yang kecil di Los Angeles. Jamie mempunyai tugas yang cuba mengambil Dylan temu bual untuk pekerjaan dengan majalah GQ dan mula bekerja di New York City. Dylan datang ke New York dan selepas menemuduga bagi jawatan belajar dari Jamie bahawa dia telah diberi tawaran untuk bekerja untuk GQ. Pada mulanya Dylan adalah teragak-agak untuk menerima dan bergerak dari Los Angeles ke New York, tetapi dalam usaha untuk mendapatkan Dylan untuk menerima pekerjaan Jamie menghabiskan petang di sekitar bandar yang cuba untuk menjual kepadanya pada peluang dan bandar.
Selepas satu malam yang menyenangkan bersama-sama meneroka Dylan bandar bersetuju untuk mengambil kerja. Pada keesokan harinya Jamie membentangkan Dylan dengan kontrak untuk menandatangani supaya dia boleh mendapat komisen untuk merekrut dia. Satu malam sambil melepak di apartmen Jamie menonton komedi romantis yang mereka dapat pada topik seks dan perhubungan. Mereka datang kepada kesimpulan bahawa hubungan seks tidak perlu datang dengan lampiran yang begitu banyak emosi. Kedua-dua rasa keperluan untuk sambungan fizikal mereka bersetuju untuk mengadakan hubungan seks tanpa emosi atau komitmen yang terlibat. Selepas beberapa cubaan bersama-sama Jamie datang untuk merealisasikan bahawa ini tidak benar-benar apa yang dia mahu, dan dia ingin untuk memulakan temu janji sekali lagi dan memberitahu Dylan bahawa mereka perlu untuk menghentikan.


Selebihnya kene tengok filem nya...penat type



Saturday, August 6, 2011

Publish!!


Akhirnya apa yang aku mahukan dah jadi kenyataan,
walaupun tidak secara langsung penglibatan,
dalam pembikinan ini, tapi aku tetap rasa karya aku di hargai,
3 tahun menyimpan seribu satu cerita,
berhasil juga akhirnya...
Thank You, JT



You've done Great Man...


Wednesday, August 3, 2011

Parut (Scars)

Parut yang tidak akan hilang buat selama lamanya,

Saturday, July 30, 2011

Kiamat 2062-2066???


Dianggarkan Bumi Akan Kiamat


Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidupselama 1500 tahun...
sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahunhijrah...daripada ini kita ketahui kita akan bertahandalam masa 61 tahun lagi..Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066b)

Saintis telah menjumpai sebuah planet yanglebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi..Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akanmelanggar bumi pada tahun 2014.

Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnyadengan menembaknya dengan sebuah roket...Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planetyang juga akan menghentam bumi...Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa60 tahun lagi..Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun2065....c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapaipuncaknya pada tahun 2007...Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun,iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunansemula Nabi Isa... .Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanyaakan hidup selama 40 tahun dan dunia akankiamat pada hari Nabi Isa wafat..Jikalau ini benar dunia kan kiamat padatahun 2062... .Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun2062-2066.... Wallahu'alam...Semua ini telah dikaji...Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadithyang mengatakan bahawa umat Rasulullah akanbertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...Cubalah anda kirakan sendiri...Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian...Amar Ma'ruf Nahi Mungkar...Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalanIslam anda...

Semoga saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat ALLAH S.W.T...insaflah setelah baca..masih belum terlambat.

BILA ITU TIDAK PENTING< TAPI ADAKAH KITA BERSEDIA...

P/S: Sesungguhnya ALLAH saja yg lebih mengetahui.


aku bukan apa, tujuan dowg nie buat semua nie, untuk sedarkan orang ramai, yang kita perlu sedia, KITA AKAN MATI...klu x, kita makin lalai ngan dunia...terpulang lah, aku pun bukan percaya tahun dia kiamat yang pasti ia akan kiamat...wallahualam

SO BE POSITIF

Ada orang comment nie:

WOOOOOOOOOOOOI... JGN PECAYE LA....!!!

DALAM AL-QURAN SNDIRI ADE CKAP TIADA SESIAPA AKAN TAU BILA WAKTUNYA KIAMAT...!!!

HADITH TU MUNGKIN HADITH PALSU...!!!

NI TAKTIK ORANG KAFIR NAK MERACUNI FIKIRAN UMAT ISLAM!!!

KALO KITE PERCAYE DGN ARTIKEL KAT ATAS NI, BERMAKNA KITE DAH MENSYIRIKKAN ALLAH!!!

JANGAN PERCAYE ARTIKEL KAT ATAS NI...

HANYA ALLAH TAHU BILE KIAMAT AKAN MELANDA....!!!

KORANG SMUA BERISTIGHFAR LA SEKARANG!!!

Tuesday, July 26, 2011

Hanya Untuk Malam ini


Jika Kau Tahu...

Friday, July 22, 2011

Apakah tujuan kehidupan?


Apakah hakikat kehidupan?

Adakah perkara-perkara yang anda lakukan sehari-hari adalah signifikan terhadap hidup yang singkat?

Budaya idola yang melanda seluruh dunia (K-pop, Lady Gaga dan Justin Bieber, Akademi Fantasia) membuatkan masyarakat menghabiskan terlalu banyak masa mengikuti perkembangan idola-idola mereka. Apa yang dibuat oleh idola mereka pula? Hanya berlatih hari demi hari, jam demi jam, hatta minit demi minit, dan bergerak dari pentas ke pentas untuk menghiburkan peminat-peminat mereka. Mereka mempamerkan suatu ‘imej rekaan’ supaya disenangi oleh si peminat(terutama budaya K-pop), sedangkan imej sebenar mereka adalah berbeza. Jadi si peminat memuja, memekik melolong meminati suatu ‘imej rekaan pentas’, yang diperagakan oleh seorang idola. Itulah kitar hidup seorang peminat dan seorang idola. Adakah itu menunjukkan suatu kehidupan? Melakukan sesuatu yg tak bererti untuk menyokong sesuatu yang tak bererti. Ia adalah suatu kitaran ketidakberertian.


Kita menonton televisyen. Banyak program menarik. Setiap hari banyak jam yang dileburkan untuk mengetahui kisah lanjut drama-drama cinta murahan yang ‘direka’. Terlalu sedikit karya yang mencabar otak dan membuat kita berfikir. Biarpun sedar apa yang ditonton adalah fiksi murahan, namun apa yang ditonton oleh mata dihadam sebagai ‘sesuatu yang benar terjadi’ oleh otak. Maka, kita akan rasa begitu ‘engaged’ dengan cerita yang ditonton, walaupun kita tahu hakikat bahawa semuanya adalah rekaan. Jadi kita berbincang bersama teman sepejabat, dan jiran, “Watak A tak patut buat watak B begitu”, dan “Tak sabar nak tunggu episod seterusnya”. Sutradara dan pelakon akan terus meleburkan masa dalam hidup mereka untuk menghasilkan karya picisan yang akan terus meleburkan pula masa si penonton. Adakah itu sesuatu yang bererti? Satu lagi kitaran lengkap ketidakberertian.

Fungsi asal otak adalah untuk berfikir. Fitrah manusia, kita berfikir untuk merungkai erti kehidupan. Itulah tujuan akal, untuk mencari suatu keberertian.

Setiap perkara di dunia akan cuba kembali ke keadaan asal (seperti metal yang akan cuba kembali menjadi ore seperti fitrah kewujudannya). Apabila hidup ini terlalu dipenuhi dengan perkara tidak bererti dan ‘mengkhayalkan otak’, jadi sekali kita berhenti melakukan aktiviti2 tidak bererti ini (seperti ketika kita berseorangan, tidak melakukan apa-apa di rumah atau yang seumpa dengannya), maka otak kita akan cuba kembali ke ‘hakikat asalnya’-berfikir dan berfungsi untuk mencari keberertian hidup.

Pada ketika itu, kita akan mula berasa suatu cetusan kesedaran, bahawa semua ketidakberertian (aktiviti-aktivit lagha) yang selama ini kita lakukan dan gelumangi, adalah sebenarnya suatu kesepian dan kepalsuan, seperti logamaya.

Saat itu, kita berasa kosong.

Namun, kita tidak suka rasa kekosongan itu padahal ia adalah suatu kebangkitan kesedaran (actualization) yang berlaku pada otak kita. Kita cipta pula aktiviti-aktiviti tidak bererti yang lain, supaya rasa kekosongan itu akan hilang. Karaoke, wayang, clubbing, lepak dan sebagainya, semuanya ibarat logamaya semata-mata. Bagai terawang-awang dalam kenikmatan.

Apa ertinya kehidupan kita? Kita sudah tidak mahu lagi hidup seperti zaman bilamana semua manusia cuba merungkai apa itu kehidupan.; Bagaimana alam ini berfungsi?; Bagaimana cara alam ditadbir Tuhan?; dan sebagainya.

Ilmu yang kita pelajari di universiti hanyalah untuk mendapat mendapat satu jawatan yang bidang kerjanya diruncingkan hanya kepada aplikasi yang tidak pun menggunakan sepenuhnya falsafah cabang ilmu yang kita pelajari. Sekali dapat duit gaji, kita juga akan laburkan ke arah aktiviti-aktiviti tidak bererti. Otak kita akan terus berkarat dan berkarat, dan akhirnya sukar lagi untuk berfungsi dengan baik. Kita tidak kisah semua itu, asalkan dapat duit, dapat hidup (walaupun secara tidak bererti). Kita belajar pandai-pandai hanya untuk menjadi bodoh semula.

Apa yang boleh kita lakukan? Tiada apa-apa. Kerana kita bagai telah ditelan oleh iluminati. Tiada lagi jalan keluar.

Saya memandang cara kehidupan kita tidak ubah seperti yang terpapar dalam trilogy The Matrix. Manusia ibarat boneka-boneka tidur yang hanya disedatifkan dengan nikmat dunia, terus hidup dalam khayalan. Bagi manusia yang sedar akan hakikat kehidupan mereka, mereka ibarat hidup di dalam neraka, sedang yang terus khayal bagaikan hidup di dalam syurga. Dunia itu ibarat neraka bagi orang beriman, dan syurga bagi orang musyrik.


Kerana itu dalam apa-apa yang kita lakukan, kita mesti berpada-pada. Liburlah, tetapi berpada-padalah. Ikut syariat dalam liburan, semoga Tuhan menerangkan kabus yang berada depan mata kita supaya kita tidak sesat. Matlamat kita adalah akhirat, bukan dunia. Dunia hanyalah ‘jalan’ utk ke destinasi akhirat kita; ia bisa jadi jalan mati, jalan bersimpang siur, jalan beronak duri, atau mungkin highway. ‘Jalan’ yang mana satu yang akan kita lalui, semuanya bergantung bagaimana cara kita ‘hidup’ di dunia

Thursday, July 21, 2011

KELIRU


Mengakui sasuatu yang kita salah bukan lah satu kelemahan, bahkan ia kekuatan yang kita bina untuk meneruskan perjalanan, “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.” Seperti “Jangan sesekali menggadaikan prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.” Jika sesuatu yang indah, bersifat keduniaan, ingatlah ia dicipta sementara. Contoh fesyen, merupakan sesuatu yang tidak akan mati, jika anda ikutkan fesyen umpama anda HAMBA fesyen,

Kita ambil contoh video ini...

KEKELIRUAN HANYA TIMBUL, JIKA ANDA TIDAK PERCAYA PADA DIRI.

Ujian Allah SWT



Dengan Nama ALLAH swt yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga ALLAH swt. membimbing saya untuk menjelaskan “Apa tujuan & TUGAS hidup manusia diciptakan oleh ALLAH” yang tertulis dalam Al Quran Nur Karim. Sebagai buku pedoman hidup manusia.
Setiap manusia haruslah mengetahui siapa dirinya, kenapa dia dilahirkan, dan apa tujuan dan tugas2 hidupnya, berapa lama dia bisa hidup di dunia ini, dan kemana dia pergi setelah meninggalkan dunia ini?
Kalau manusia tidak bisa menjawab dengan benar, maka hidupnya seperti manusia yang hidup di hutan2 yang menutup auratnya dengan daun daunan. Mereka tidak berilmu.

tapi kita tidak begitu

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku”

maka ingatlah,

    Adalah menjadi arahan Allah SWT kepada seluruh Muslimin untuk mengikuti syara’. Hanya mereka yang mematuhi syara’ yang akan beruntung. Keuntungan tersebut bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat. Hal ini akan berlaku dalam semua suasana dan ketika sekiranya syara’ dipatuhi.

    Untuk mengikuti syara’ perlulah kepada matlamat yang terang. Matlamat yang terang perlu berhubung dengan keimanan kepada Allah SWT. Hanya matlamat yang berhubung dengan Allah SWT yang akan membawa kita kepada kejayaan yang sejati.

    Seluruh tenaga, masa, fikiran dan wang ringgit yang kita gunakan akan menjadi sia-sia sekiranya kejelasan matlamat tidak tercapai. Matlamat hidup yang tidak jelas berlaku secara berleluasa dalam reliti masyarakat kita hari ini. Membiarkan hal ini berterusan bererti kita mendedahkan masyarakat kepada kerosakan demi kerosakan.


Thursday, July 14, 2011

Point out of finger ( aku x berdendam)




Bagus lah, selalunya orang cakap, biarkan sesuatu itu pergi untuk sempurnakan sesuatu,
dalam sedar atau tidak, aku dah lama rasakan perkara nie,

Ada seorang ustaz cakap, kalau anda menuding jadi anda, cuba anda pandang 3 jari yang menuding diri sendiri, kita nie manusia yang alpha dengan keadaan dunia, yang sering menarik kita kearah kejahilan yang amat hina,

Rugi seorang manusia jika dia mengingat masa silamnya, jika hari ini dia masih tidak berubah, sebab kita manusia yang sering lupa tentang diri sendiri, dan tidak menerima alasan orang laen, merasakan diri ini benar.

Aku bercakap pada diri sendiri, sebab bagi aku, aku cuba membaiki diri aku sebaik mungkin...

Allah SWT tahu apa yang kita niatkan,


sebab masa aku pun x bnyk, dah makin suntuk,..aku perlu cepat
InsyaAllah




Wanita Bersolek

http://www.youtube.com/watch?v=QbFPojzIyWE

24th July 2011


They will be here!!!

Thx, coz this song help me to get on my feet, give me more confident in all my going, n
i like the saying, "dont regret anything you do, coz in the end, it makes who you are" this saying, I WOULD NEVER FORGET, I WILL NEVER REGRET, I WILL LIVE MY LIFE...

n welcome to Malaysia!!! No.NO.No

Monday, July 11, 2011

Terima Kasih Pada Yang Berkenaan

Terima Kasih, saya hargai kata-kata ini...

Hamba Ilahi...

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini x selalu bahagia...

Sedekahkan 1 senyuman walau hatimu x lagi mampu bertahan....

Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka...

Berhentilahmemberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran....

Hiduplah dalam iman walaupun hari dipenuhi godaan...

Berpeganglah pada Allah walau Dia x kelihatan...

Bukti kasihNya kita wujud d dunia pinjaman ini...

Ada sbb bla blaku sstu pkara dan yakinlah Tuhan mengujisetiap hambaNya yang mengaku keimanan kepadaNya...


Terima Kasih HAMBA ALLAH

Sunday, July 10, 2011

Positifkan Negatif




Kesedihan adalah subjek negatif yang positif. Musim demi musim datang dan pergi. Kita sedang menunggu kematian untuk kita dan sekeliling kita. Kita tidak suka sebenarnya. Tidak suka kerana itu bab kehilangan. Kehilangan akan menyebabkan kesedihan. Kesedihan kerana ada rasa kasih dalam diri yang disemai sejak lama. Itu fitrah manusia.



Apapun subjek sedih itu perlu kita positifkan walau ianya akan bermain diingatan untuk satu tempoh yang lama. Ianya mungkin kekal tinggal diam di benak kita yang paling dalam.



Proses kemanusiaan memang adil sebenarnya, kerana hikayat manusia itu memang sementara sifat dan perjalanannya.



Apabila kita merasakan sesuatu yang kita sayang dan berharga itu milik kita, ianya akan menjadi sebuah permasalahan yang halal. Halal kerana perhubungan kasih yang disemai sejak lama, seperti kita menjaga anak-anak kita dengan penuh kasih sayang dan belaian. Apabila ada interaksi dua hala yang subur antara kita dan mereka contohnya, sudah tentu akan hadir sebuah perhubungan yang suci lagi telus yang menjadi tali ikatan yang kukuh tertanam menjadi sebahagian hidup dan nadi kita.



Atau contoh lain ibu kita. Ibu yang melahirkan kita ke dunia ini. Kita dibelai dengan penuh kasih sejak dari dalam kandungan lagi. Bagaimana kita dapat menafikan tali kasih itu kerana tali perhubungan itu sudah hadir sejak kita masih di alam kandungan lagi?



Sekeras manapun kita, saya percaya semua kita pasti adamasanya menangis juga.



Kasih sayang antara manusia adalah bersifat kalkulatif. Kita didik anak kita dengan penuh kasih sayang dengan harapan bila mereka dewasa nanti kita tidak akan dilupakan, namun yang paling baik, menghargai itu bagi saya lebih membahagiakan dari kita mengharap sesuatu balasan yang mana mungkin kita akan kecewa jika apa yang kita harapkan menjadii begini, sudahnya menjadi begitu?



Seorang sahabat saya pernah mengakui yang dia masih kalkulatif dengan Tuhan dan hidup ini. Dia masih mengharap yang baik-baik saja dalam hidupnya. Saya katakan padanya mungkin tahap ikhlasnya melebihi apa yang saya ada, kerana walaupun saya bercerita tentang sesuatu yang telus dan ikhlas, saya pun seperti dia juga, kalkulatif dengan kehidupan ini? Ha ha ha



Hari ini saya sedang menghadapi babak yang sedih dalam hidup. Babak yang mungkin biasa bagi mereka yang sudah terbiasa dengan subjek kehilangan umpamanya di negara-negara yang dilanda peperangan di mana nyawa hanyalah umpama sehelai kertas yang melayang dibawa angin lalu. Kita yang di sini yang masih mengagungkan makna kehidupan lantas menghargainya sebagai sesuatu yang hebat, agak janggal apabila bercerita tentang subjek kematian.



Apapun kita tidak punya pilihan selain dari belajar untuk menghargai dan menghadapinya dengan jiwa yang tenang. Esok akan datang, lusa juga begitu. Begitulah ceritanya sehinggalah tiba detik untuk kita pergi. Innalillah.

Apa Maksud Untuk Hidup ?


Definisi saya mudah

Hidup adalah pilihan,
namun dimana arah permulaanya?
kekiri ? kanan? hadapan atau kebelakang?
setiap pilihan pasti punya kekuatan dan kelemahan

membuat pilihan umpama bermain dengan api,
tersilap langkah, membakar diri.
namun bukan itu pengakhiranya,
kerna, itu adalah Hidup.
kita harus berani mengharunginya

SENDIRI?? Tidak..dengan meyakini DIA disisi"


nikmat yang kadang aku sendiri alpha
adalah nikmat untuk MEMILIH,
membuat segala pilihan dalam hidup,
ada sahaja lakonan2 yang perlu dilalui,

sering kali aku berada dalam keraguan, kerisauan, ketakutan,
kebimbangan-kebimbingan yang kadang aku mengciptanya sendiri,

hidup memang penuh misteri dengan teka-tekinya,
ada sahaja alasan2 untuk tidak mahu melangkah,

kerana hidup adalah pilihan,
maka aku harus memilih
dan menghadapinya dengan gagah.

aku merasakan, sepanjang tempoh lalu
aku gagal dalam membuat pilihan

namun tidaklah lagi aku meratapi semua itu,
aku bangkit lagi..Ya, untuk membuat pilihan lagi.

kita perlu bangkit dari setiap kegagalan dan kesalahan,
kerana..setiap satunya, ada hikmahNya.

Alhamdulilah, Thanks Allah..

Thx to ; http://pengembaratua.blogspot.com

Saturday, July 9, 2011

Thx Goo Goo Dolls

Bertuahnya aku..coz baru2 nie band muzik nie.. sruh aku dgr muzik yg dowg x release lagi...


lagu nie di muatkan dalam filem transformer jgk...

dowg mcm thu jer, lagu nie mmg terasa gler...

yelah..kene mengena gak...

tp nak buat mcm mana aku reda jer, org dah buang aku...


And I feel,
All the faint morning light,
Filled with hope ’cause you’re here in my life,
And we’ve gone,
From the edge of our souls,
Made it back to a place we call home.

You, see me through,
I was alone in the dark and the fear was my truth.

Yeah, all the things that you are,
Beautifully broken, alive in my heart,
And know that you are everything,
Let your heart sing and tonight, we light up the stars,
All that you are.

I feel wrong,
I’m so human and flawed,
I break down even though I’m still strong,
And time, will make fools of us all,
Builds us up, and then laughs when we fall.

You, pull me through,
When I’m alone in the dark and the fear was my truth.

Yeah, all the things that you are,
Beautifully broken, alive in my heart,
And know that you are everything,
Let your heart sing and tonight, we light up the stars,
All that you are.

You’re the sound of redemption,
The faith that I’ve lost,
The answers I’m seeking no matter the cost,
You opened the window,
Now I can see,
And you taught me forgiveness by giving your love back to me.

Yeah, all the things that you are,
Beautifully broken, alive in my heart,
And know that you are everything,
Let your heart sing and tonight, we light up the stars,
All that you are.

Yeah, all the things that you are,
Beautifully broken, alive in my heart,
And know that you are everything,
Let your heart sing and tonight,
Let your heart sing and tonight, we light up the stars,
All that you are.

Oh I feel,
All the faint morning light,
Filled with hope ’cause you’re here in my life.

Thursday, July 7, 2011

Darjahanam.. :)

As Salam, bukan semua orang itu sempurna, aku pun x sempurna, aku mohon sepuluh jari minx maaf kepada sapa saja yg aku penah buat salah, sakit hati, kalau ada apa2 yg boleh korang tuntut datang jumpa aku, K,


aku teringat dulu zaman sekolah, SK Ibrahim, sekolah tu semua lelaki, so, aku xde member2 pompuan, aku tak tahu macam mana nak bergaul dgn pompuan, masa 2 cuma ada member sowg aku nie yg ada awek, Zulhilmi, aka Amy, maklumlah, sebelah sekolah aku SK Convent, sekolah gurls semua.., masa tu sapa dapat kawan ngan gurls dari convent mmg Hebat lah, so member2 aku nie tekejut lah, sbb xtwu pun si Zulhilmi ada awek dekat situ... Antara geng ktwg ada, syaufiq, faiz, farabi, zulhilmi, n aku... Dlm geng2 nie Amy nie mcm otai la skit sbb dia paling nampak matured, ktwg nie meleleh lagi masa 2, aku mmber yg paling close ngan Amy, so...Amy selalu ajak aku teman dia, klu dia nak dating, aku ikot je lah..awek dia ennie pun selalu bawa member dia, so..start lah aku knl ngan gurl, mula2 jggal gak sbb benda 1st time..

lama lpas 2..1 ari, telefon aku bunyi(telefon umah), aku angkat tiba2 awek si amy call, ntah mcm mana dapat no pun xtwu, aku pun pelik sebab dah seminggu ktwg cntact, aku ingt amy yg bagi no..so aku tnya direct dkat amy, then amy ckp "patutlah...dah berhari x cntact aku" so..kena lah marah, awek dia ari2, aku jelaskan satu per satu, tapi amy marah kan aku so aku pun x close lagi ngan dia, dah mcm musuh plak jadinya,.. disebabkan 2 aku bwk diri..pegi sekolah sendiri, balik sendiri, n mcm2 lagi, nasib lah ada mmber2 yg support aku masa 2, sbb tahu aku x slah, penah sekali amy angkat geng nak pukul aku, kelakarnya semua aku bantai sekali gus...(bajet hebat) hahaha

so..bila aku masuk sekolah menengah, budak2 yang aku bantai 2 lah member aku,...dan smpai harinie aku x jmpa amy 2,

apa yang aku nak simpulkan, kat sini, xde owg yg slah pun..cma slah phm antara kwn2, cerita2 dari mulut orang, tengoklah, akibatnya silaturahim yang terjalin pun hilang dalam sekelip mata jer...aku xnak benda2 nie jadi lagi, kalau boleh, aku nak jer owg senang ngan aku, bagi tahu aku apa yang aku slah, tegur aku, InsyaAllah, aku xkan marah... n klu sesuatu yang mencurigakan berlaku, harap sangat personally jumpa aku, mungkin antara kita x paham, n xtahu tujuan aku buat sesuatu, or mmg aku x penah buat pun perkara tersebut,...

aku harap ukhwah yang terjalin x kan putus sampai bila2...
InsyaAllah

Monday, July 4, 2011

Alhamdulillah

InsyaAllah aku grad sem nie. tunaikan impian ayah n mak aku,
8 subjek, bkn sikit, pndai2 lah nak hidup,

biz x bpe nak baek lah skrg nie, kurang memuaskan,...kne serdahanakan hidup,
so..aku nak hold dlu biz2 bie sbb, nak focus smla pada aku punya study,.
aku dah pun, aku dah pun buat beberapa appointment, so after grad, aku nak keja dlu,
mayb smbg dgree dalam PJJ,

Thats all.. Chill

Saturday, July 2, 2011

Transformers 3

(entry nie bekenaan hidup)

Sedar atau tidak,
OST song bagi transformer,
ialah band music yang paling aku minat,
LINKIN PARK
Linkin Park nie aku kenal band music dowg dari,
dajahanam (darjah 6),
lagu band nie, penuh ngan falsafah,
even cikgu BI n EST aku masa secondary school,
Miss Jamaliah pun minat,..

Dia pun cakap Linkin Park bukan lah calang-calang music,
bkn sebab, genre music yang dibawa "rap core" itu menjadi tongak utama tapi
music itu sendiri, lyric, Mike yang tulis sendiri...
Banyak kan music dowg, about life,

Mengajar tentang kehidupan, kebabasan, dari belenggu fikiran sendiri,
bnyk yang aku belajar dari lagu2 yang dowg cipta,
aku selami 1 per 1 bait2 lyrics yang dowg tulis,

aku nak singkap sikit pasal lyric ost Transformer 3, tentang apa yang tengah berlaku sekarang pada hidup aku


When you were standing in the wake of devastation (Apabila anda berdiri di tengah-tengah kehancuran)
when you were waiting on the edge of the unknown (
apabila anda sedang menunggu di pinggir yang tidak diketahui)
with the cataclysm raining down, insides crying save me now (
dengan bencana itu hujan turun, dalam menangis selamatkan aku)
you were there and possibly alone. (
anda berada di sana dan mungkin keseorangan.)

Do you feel cold and lost in desperation (
Adakah anda berasa dingin dan hilang dalam keadaan terdesak)
you build up hope, but failure's all you've known (
anda membina harapan, tetapi kegagalan itu semua anda dapat)
remember all the sadness and frustration (
ingat semua kesedihan dan kekecewaan)
and let it go, let it go. (
dan biarkan ia pergi, biarkan ia pergi.)

And in the burst of light that blinded every angel (
Dan dipecahan cahaya yang membuta setiap malaikat)
as if the sky had blown the heavens into stars (
seolah-olah langit telah ditiupkan syurga ke bintang)
you felt the gravity of temper grace falling into empty space (
anda merasakan graviti dengan pelahan sabar jatuh ke dalam ruang yang kosong)
no one there to catch you in their arms (
tiada siapa yang dapat membantu menyambut tangan anda)


Do you feel cold and lost in desperation
(Adakah anda berasa dingin dan hilang dalam keadaan terdesak)
you build up hope, but failure's all you've known
(anda membina harapan, tetapi kegagalan itu semua anda dapat)
remember all the sadness and frustration (ingat semua kesedihan dan kekecewaan)
and let it go, let it go. (
dan biarkan ia pergi, biarkan ia pergi.)

dia menceritakan penderitaan seseorang apabila keinginan yang dimahukan tidak tercapai,
yang mana harapan yang dibina, tidak berjaya, tetapi tersungkur dalam likup kegagalan,
ingat semua kesedihan dan kekecewaan yang dah dilalui, dan biar kan ia pergi, dan terus pergi...



Janji Tinggl Janji...


salam...

mlm nie stay kat umah sowg2,
layan pocong ngesot,
mmber2 out, layan transformer,
pukul 12.30am...
tp xleh lawan ak lah,
tngk 3D pnya siap special seat lagi,

staun kebelakangan nie..
ak da try sempurnakan setiap janji aku...
hebat x, tapi ak x expect lbey...
skrg2nye..ada orang appreciate sudah,
aku layan jer lah ape pun nk jdi,
Hanya Tuhan Tahu,
tapi sedey beb, bila owg buat mcm tuu,
aku sakit sesangat, mcm kene panah------> tapi biasalah,
buat muka slumber jer, klu x nmpk sngt,
mna x nye...1 per 1 aku try sempurnakan,
bkn senang...ingt aku maen2 ker,
aku punya la siyes...
tp ak solute la mcm nie... tabik spring pnya... :))
coz sanggup buat mcm tu....


-out-